Di bawah ini adalah antara cadangan senarai item dapur yang sangat bagus untuk ketogenik diet. Bahan-bahan ini boleh dimasukkan ke dalam menu keto anda. Anda juga boleh mendapatkan bahan ini seperti di kedai barang organik Jaya Grocer@ Village Grocer. Namun untuk memudahkan anda semua, D Jue Wellness dan Bosta HQ juga membekalkan barangan ini selengkapnya untuk kegunaan harian anda.
Boolet adalah Minyak MCT (Medium Chain Triglyceride) amat membantu penurunan berat badan anda dan mengawal selera pemakanan sepanjang hari. Boolet merupakan tambahan dalam “Kopi Bulletproof” anda. Produk kami ini adalah yang paling popular bagi mereka yang ingin mencari alternatif bagi pembakaran lemak dan bagi sesiapa yang mengamalkan Diet Keto untuk gaya hidup sihat.
Minyak Kelapa Organik ini adalah minyak kelapa yang dihasilkan daripada bahan organic dengan cara tapisan menggunakan arang dan sekam kelapa untuk menyahbau tengik kelapa bagi pelbagai kegunaan tanpa menghilangkan kebaikannya. Minyak Kelapa Organik ini juga tidak mengandungi lemak tepu menjadikannya minyak berkualiti tinggi tanpa bau dan rasa yang tidak disukai.
Bosta Sweetdrop kami adalah 100% semulajadi dan ideal untuk minuman panas dan sejuk, memasak serta membuat “dessert”. Ia juga merupakan pilihan bagi mereka yang ingin mengekalkan berat badan dan gaya hidup yang sihat dan selamat digunakan untuk mereka yang mempunyai kencing manis kerana ia mempunyai kalori yang rendah yang membolehkan anda menikmati makanan dan minuman kegemaran anda dengan kurang gula. Bosta Sweetdrop adalah pemanis berasaskan Stevia dan Monk Fruit untuk memberikan anda rasa manis yang sama seperti gula.
LATTO merupakan pemanis semulajadi yang terhasil daripada buah monk fruit yang juga dikenali sebagai Luo Han Guo, buah hijau kecil seperti melon yang tumbuh di Asia Tenggara. Buah ini diproses dan dikeringkan lalu diambil ekstraknya untuk dijadikan pemanis. Rasa kemanisannya adalah 150 hingga 200 kali lebih manis daripada gula putih. Sudah semestinya semua orang boleh ambil Latto. Mereka yang ada kencing manis, kanser, masalah buah pinggang, dan obesiti juga boleh sama – sama ambil kerana pemanis ini tidak akan memberi kesan kepada bacaan gula dalam darah malah tidak akan menggemukkan dan menyebabkan keradangan.
Psyllium husk adalah bahan yang sangat popular digunakan dalam resepi-resepi kek dan roti yang berkarbohidrat rendah, kerana fungsinya seperti gluten, iaitu sebagai gam. Jika anda pernah cuba membakar roti atau kek resepi karbohidrat yang rendah, anda akan melihat bahawa barangan yang dibakar tidak selalu melekat dan hancur dengan mudah. Dengan menambah Psyllium Husk ke dalam sesuatu masakan, ia membantu adunan anda melekat dan memudahkan anda boleh membentuk sebarang bentuk yang anda mahukan.
Flaxseed berasal dari tumbuhan Flax. Kemudiannya dikisar menjadi tepung. Tepung Flaxseed diperbuat daripada 100% Golden Flaxseed dimana ianya tiada campuran bahan atau tepung lain. Rasanya seperti kekacang sesuai digunakan dalam masakan atau dimakan begitu sahaja.
Tepung almond adalah alternatif yang paling bagus untuk menggantikan tepung berasaskan gandum. Ia sangat berkhasiat dan banyak manfaat kesihatan, termasuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan meningkatkan kawalan gula darah. Tepung almond juga bebas gluten, yang menjadikannya pilihan yang baik bagi mereka yang menderita penyakit autoimmune.
Tepung kelapa miliki kandungan serat, protein yang tinggi dan rendah karbohidrat. Ini menjadikannya sesuai untuk mereka yang mengamalkan diet gluten-free, rendah karbo, diet ketogenik atau paleo dan juga untuk semua yang ingin mengurangkan berat badan mereka dan memiliki sistem percernaan yang sihat. Tepung kelapa kami diperbuat daripada kelapa organik segar yang asli. Proses pembuatannya dimulakan dengan sisa kepingan kelapa dikeringkan dan dikisar halus untuk menghasilkan tepung kelapa.
Xanthan Gum lazimnya digunakan sebagai pemekat dan penstabil. Ia adalah bahan tambahan makanan yang dihasilkan oleh gula yang ditapai oleh bakteria. Xanthan Gum adalah sejenis serat larut dimana selepas dimakan, kandungan karbohidrat tidak boleh dipecahkan oleh badan. Maka ia tidak memberikan sebarang kalori atau nutrien. Xanthan Gum menyerap air dan menjadi zat seperti gel dalam sistem pencernaan anda yang membantu melambatkan pencernaan makanan. Xanthan Gum biasanya digunakan untuk pemekat makanan.
Chia Seed adalah antara makanan paling sihat di planet ini. Penuh dengan nutrien yang dapat memberi manfaat penting bagi tubuh dan otak anda. Kini chia seed menjadi terkenal sebagai superfood sebab khasiatnya yang tinggi.
Anda boleh dapatkan produk produk ini atau bahan utama di www.drjueketoshop.com atau www.bosta.com.my hari ini.